PANDUAN UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DI RADIOKITA

| SEGMEN LAGU-LAGU
PILIHAN PENDENGAR: 1. Anda dikehendaki menyediakan 10 buah lagu serta nama penyanyinya sekali. 2. Lagu-lagu yang pilih hendaklah dalam bahasa Melayu - Indonesia - nasyid /qasidah - bagi lagu-lagu dalam bahasa inggeris/english hanya tidak melebih lima (5) judul lagu sahaja. 3. Semua lagu-lagu pilihan anda akan ditapis terlebih dahulu sekiranya lagu pilihan anda tidak ada dalam simpanan kami - anda boleh menukar kepada lagu lain atau akan dipilih oleh kami. 4. Semua pilihan anda untuk segmen ini akan disiarkan mengikut giliran dan nama anda akan dipaparkan pada display player anda. SEGMEN UCAPAN PENDENGAR: 1. Anda boleh membuat apa sahaja ucapan seperti - Hari Jadi- Takziah - Kejayaan - Tahniah -dan Terima Kasih kepada yang berkenaan. 2. Disamping itu anda juga boleh membuat sebarang pesanan kepada rakan taulan atau sanak saudara. 3. Kirimkan ucapan anda melalui email kami dan akan disiarkan pada hari keesokannya. SEGMEN MARI BERPANTUN: 1. Kirimkan pantun-pantun anda sebanyak mana yang anda suka dan kami akan memilih pantun-pantun yang sesuai sahaja untuk disiarkan. SEGMEN BINTANG KARAOKE RADIOKITA: 1. Bintang Karaoke RADIKOTA adalah terbuka kepada semua pendengar RADIOKITA. 2. Segmen ini membenarkan anda menyanyikan sebarang lagu dalam bahasa yang anda suka. 3. Setiap sebuah lagu tidak lebih 4 minit. 4. Untuk menyertai segmen ini anda dikehendaki membuat rakaman karaoke nyanyian anda kedalam pc anda dan hantarkan kepada alamat kami di atas (anda digalakkan membuat rakaman dalam format *.mp3 -kerana filenya kecil jika dibandingkan format *.wav. 5. Anda juga boleh mengirim rakaman tersebut melalui pos atau dengan tangan tetapi mestilah sudah siap didalam cd/cakra padat.) SEGMEN CURAHAN HATI: 1. Anda dipelawa untuk menyertai segmen ini yang memaparkan kisah-kisah kehidupan yang anda lalui seperti; dalam kegelisahan- kekeciwaan - Dipermiankan Kekasih - Ditinggalkan kekasih - Ditinggal tunang - Rasa riang dan gembira bersama orang baru/kekasih baru/tunang baru dll . 2. Kirimkan curahan hati anda kepada kami untuk siaran segmen ini melalui email kami. 3. Kami akan mengumumkan apabila segmen ini siap untuk on air. SEGMEN UCAPAN PENDENGAR SECARA LIVE: 1. Anda yang ingin mengambil bahagian segmen ini hendaklah menggunakan YM sama ada dengan mesej atau panggilan telefon pc to pc (panggilan ini percuma). sila add radiokita.malaysia@yahoo.com.my pada ym anda. 2. Anda dikehendaki memberitahu kami terlebih dahulu melalui email atau YM.( sekiranya ucapan anda dibuat secara live) . 3. Kami akan memberi isyarat kepada anda terlebih dahulu sebelum anda ke udara (mengikut giliran =Q). 4. Semasa live (on air) Anda hanya dibenarkan membuat ucapan atau menjawab pertanyaan dari DJ RADIOKITA sahaja (mereka yang bercakap tidak seperti yang kami nyatakan akan dibatalkan). 5. Anda juga boleh menyampaikan pesanan rengkas kepada keluarga-sanak saudara mau pun rakan taulan dalam masa yang sesingkatnya. Kami sangat-sangat menghargai kerjasama anda bagi menjayakan progrom ini. sekiranya anda ada sebarang masalah sila hubungi kami melalui email di atas atau YM semasa RADIOKITA sedang on air setiap hari (jam 9.00 pagi dan 9.00 mlm ) waktu malaysia.
Sekian dan terima kasih. Drp: Penyelia dan Pengawal Rancangan
|